As Salam.

Assalamualaikum

*Siapakah yang paling bijak dikalangan kita?*

Disebut dalam satu hadis, Rasulullah SAW berkata

“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).

Dalam satu hadis yang lain disebutkan:
“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak”
(Sunan Ibn Majah:4259)

❤️💚💜💙🖤

 

Aku Telah ‘ Dilamar ‘ Oleh ‘ Malaikat Maut ‘. Aku Bakal ‘ BERNIKAH ‘ Dengan ‘ KEMATIAN ‘. AKU Bakal ‘ BERCERAI ‘ Dengan ‘ DUNIA ‘ Yang Aku Kejar. ‘ MAHARKU ‘ Adalah ‘ NAZAK ‘ Dan Sepersalinan ‘ KAIN PUTIH ‘. ‘ PELAMINKU ‘ Diwangikan Dengan ‘ GAHARU CENDANA ‘. Disaat Itu Aku Akan ‘ DIARAK ‘ Dengan Laungan ‘ AZAN ‘. Ber’AKAD’kan ‘ TALKIN ‘ , Ber’WALI’kan ‘ LIANG LAHAD ‘ , Ber’SAKSI’kan NISAN . Dan Pada ‘ MALAM PERTAMAKU ‘ , Aku Akan ‘ DISERIKAN ‘ Dengan Persoalan MUNKAR dan NAKIR. INGAT LAH KAWAN …

Andaikata Harini Hari Terakhir Aku Hidup Didunia Ini, Ampunkanlah Salah Dan Silap Aku Sepanjang Perkenalan Antara Kita …💚
# 

Advertisements